Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Main Menu

Content Menu

Who is Online
6 user(s) are online (3 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 6

more...




(1) 2 3 »
Catatan Cikgu Romie : Penghakiman Guru Inovatif Kebangsaan 2013
Posted by cikguromie on 2013/5/8 22:13:53 (186 reads)
Catatan Cikgu Romie

18 April 2013 bertempat di Studio LKJ. SMK Seri Setia telah diadakan penghakiman Guru Inovatif 2013 peringkat Kebangsaan. Seramai 5 orang Pegawai daripada BPK Kementerian Pelajaran telah hadir memantau, 2 Pegawai JPN Perak, seorang pegawai PPD Hilir Perak serta Pengetua SMK Seri Setia turut serta. Saya mempertaruhkan inovasi saya yang bertajuk LKJ Mobile - Aplikasi Pembelajaran dan Pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Menang itu satu bonus, tetapi apa yang penting adalah saya dapat membawa pegawai daripada kementerian untuk datang dan tengok sendiri bagaimana rakaman pembelajaran dan pengajaran dilakukan di Studio LKj SMK Seri Setia.








Comments?
Catatan Cikgu Romie : Pembuka Tirai 2013
Posted by cikguromie on 2013/3/1 21:18:28 (238 reads)

Telah hampir 2 bulan sekolah telah dibuka. Febuari pun bakal menutup tirai dua tiga hari lagi. Cikguromie.net telah masuk tahun ke2, walaupun pada dasarnya pembinaan portal Lkj ini adalah sejak tahun 2009 dengan nama lkj.gtechprk.net. Pelbagai perubahan sedikit demi sedikit telah menghiasi cikguromie.net bagi memudahkan pengguna menggunakan laman ini. Pelbagai bahan juga telah ditambah baik bagi memberikan informasi serta bahan latihan berguna kepada pelajar.

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah kepada cikguromie.net apabila telah diberi dua pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan iaitu BEST E-LEARNING APICTA 2012 dan Johan Educational Blogging 2012. Tidak pernah terfikir sehingga begitu jauh pencapaian cikguromie.net ini, yang pada mulanya laman ini hanya ingin membantu pelajar mendapatkan bahan2 berkaitan lukisan kejuruteraan serta memberi 'e-tuisyen' kepada pelajar memandangkan lukisan kejuruteraan sukar untuk mendapatkan kelas tuisyen. Jika ada pun kelas tuisyen, saya berharap agar laman ini mampu menyelamatkan sedikit wang ibu bapa pelajar yg menjadikan cikguromie.net sebagai laman tuisyen percuma. Ibubapa juga lebih mudah memantau pembelajaran anak mereka di rumah.

Saya juga telah mendapat beberapa panggilan telefon bukan sahaja daripada guru dan pelajar, malah daripada ibu bapa. Maklum balas yang diberikan amat baik sekali. Bukan pelajar yang bersusah payah mencari bahan pembelajaran di internet tetapi ibu bapa yang lebih teruja apabila terjumpa cikguromie.net sebagai bahan pembelajaran utk anak mereka.

Bukan wang yang menjadi pilihan, tetapi apa yang penting bagi saya adalah bagaimana cikguromie.net dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar. Apalah guna laman yang cantik, mendapat pengiktirafan yg pelbagai jika bahan yg ada di dalamnya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Saya sedang mencari platform bagaimana utk memperkembangkan serta mempromosi cikguromie.net kepada pelajar seluruh Malaysia.  Saya tahu masih ramai lagi pelajar lukisan kejuruteraan yang masih tidak tahu kewujudan cikguromie.net ini.

Saya juga telah melancarkan LKj Mobile yang merupakan aplikasi android yg boleh digunakan oleh pelajar menggunakan telefon pintar serta tablet. Sekurang 2nya dengan adanya aplikasi ini membolehkan pelajar mengulang kaji pelajaran walau di mana mereka berada.

Bagi guru2 pula, saya berharap agar laman dan kaedah yg saya gunakan ini akan memberi kan kepada mereka sedikit idea. Jika bole saya ingin kongsikan apa yg saya hasilkan ini kepada semua guru di Malaysia, supaya suatu hari nanti sy juga boleh belajar dari guru-guru yang lain melalui video pengajaran yang mereka hasilkan.

Saya bukan insan sempurna dan masih banyak teknik pengajaran yg perlu saya belajar.  Mungkin ada antara video2  saya yg menyinggung mana2 pihak, saya mohon maaf. Jika ade pengajaran sy yg tersalah juga saya pohon agar ade pihak yg menegur agar ia dapat saya perbaiki diri.

Comments?
Catatan Cikgu Romie : cikguromie.net : Best E-Learning MSC Malaysia APICTA 2012
Posted by romie on 2013/2/17 19:48:51 (287 reads)



Alhamdulillah, berkat rezeki keluarga dan anak-anak serta sokongan semua pihak yang menjayakan cikguromie.net, menjadikan cikguromie.net sebagai PEMENANG PERTAMA dalam MSC MALAYSIA APICTA 2012. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di Sime Darby Convention Center pada 16 Okt 2012 yang lalu. Dengan ini cikguromie.net akan membawa nama MALAYSIA ke Brunei bagi APICTA 2012 bagi kategori E-Learning. Mari kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan di sana. Semoga dengan usaha ini akan membuka masyarakat luar bahawa subjek LKj ini mampu membawa perubahan kepada kita semua InsyaALLAH..

Comments?
Catatan Cikgu Romie : cikguromie.net memenangi pertandingan Educational Blog 2012
Posted by romie on 2013/2/17 19:46:53 (261 reads)



Alhamdulillah.. Berkat sokongan semua, cikguromie.net telah memenangi tempat pertama kategori sekolah untuk pertandingan Educational Blog 2012 anjuran Unit ICT UPSI. Tanpa sokongan pelajar dan guru LK cikguromie.net ini tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik. Saya ingin kongsikan kejayaan ini bersama anda semua. Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan cikguromie.net...

Comments?
Catatan Cikgu Romie : cikguromie.net tersenarai dalam modul ini?
Posted by romie on 2013/2/17 19:46:13 (255 reads)


Comments?
(1) 2 3 »



 

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel. Portal cikguromie.net tidak diuji menggunakan pelayar lain.

© all coyright reserved by cikguromie.net created by Cikgu Romie

SMK Seri Setia, Jalan Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak.

[ Penafian ]  |