|

Alhamdulillah, berkat rezeki keluarga dan anak-anak serta sokongan semua pihak yang menjayakan cikguromie.net, menjadikan cikguromie.net sebagai PEMENANG PERTAMA dalam MSC MALAYSIA APICTA 2012. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di Sime Darby Convention Center pada 16 Okt 2012 yang lalu. Dengan ini cikguromie.net akan membawa nama MALAYSIA ke Brunei bagi APICTA 2012 bagi kategori E-Learning. Mari kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan di sana. Semoga dengan usaha ini akan membuka masyarakat luar bahawa subjek LKj ini mampu membawa perubahan kepada kita semua InsyaALLAH..
|