Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Main Menu

Content Menu

Who is Online
5 user(s) are online (1 user(s) are browsing News)

Members: 0
Guests: 5

more...




« 1 (2) 3 »
Catatan Cikgu Romie : Nantikan Kemunculannya -KEMBARA LKj
Posted by romie on 2013/2/17 19:45:02 (306 reads)

KEMBARA LKJ




NAMA PROGRAM
KEMBARA LKj

TEMA PROGRAM
Keluar Mencari, Ilmu Dikongsi

PENGENALAN
KEMBARA LKj merupakan satu projek sekumpulan kecil guru keluar mencari guru-guru Lukisan Kejuruteraan yang berpengalaman serta guru-guru yang mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk dikongsikan ilmu Lukisan Kejuruteraan kepada umum. Satu kumpulan KEMBARA akan dibentuk terdiri daripada 4 orang guru LK akan bergerak bertemu dengan guru-guru berpengalaman ini untuk berkongsi kaedah serta pengalaman mereka. Teknik serta kaedah yang dihasilkan oleh guru-guru ini akan dibentangkan dan dirakam dalam bentuk video. Video rakaman tersebut akan dimuat naik ke laman www.cikguromie.net untuk dikongsi bersama-sama dengan seluruh warga LK di Malaysia. Biasanya guru-guru yang berpengalaman ini akan dipanggil untuk memberi ceramah, bengkel atau seminar, tetapi peserta yang terlibat adalah terhad dan memerlukan belanja yang besar, jadi dengan hanya kumpulan kecil guru Lukisan Kejuruteraan yang pergi bertemu dengan guru-guru ini akan lebih banyak kos yang dapat dijimatkan dan dengan penyebaran video ini akan lebih ramai guru dan pelajar yang akan dapat manafaatnya. Semoga dengan pendedahan teknik serta pengalaman guru-guru ini sedikit sebanyak akan memberi panduan dan petua kepada guru-guru baru seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

RASIONAL
Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa terdapat ramai guru-guru Lukisan Kejuruteraan yang berpengalaman luas dalam pengajaran dan pembelajaran di serata Malaysia. Adalah lebih baik pengalaman serta ilmu yang mereka ada dapat dikongsi bersama dan didedahkan kepada lebih ramai guru dan pelajar Lukisan Kejuruteraan agar dapat dimanafaatkan bersama


OBJEKTIF PROGRAM
1. Mencari dan mendedahkan teknik-teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan yang berkesan.
2. Mendapatkan variasi teknik pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan
3. Perkongsian pintar bahan-bahan Lukisan Kejuruteraan bersama guru-guru Lukisan Kejuruteraan di seluruh Malaysia.
4. Video yang dihasilkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar dan guru Lukisan Kejuruteraan.
5. Berkenalan dan merapatkan ukhwah guru-guru Lukisan Kejuruteraan di serata Malaysia.


PELAKSANAAN PROGRAM
a - Perancangan
Pada peringkat awal kumpulan kembara guru Lukisan Kejuruteraan telah dibentuk. Guru-guru yang terlibat dalam kumpulan ini adalah :
1. En. Romizal Amir Bin Rosdi (SMK Seri Setia, Teluk Intan, Perak)
2. En. Wan Mohd Saifudin Bin Wan Long (SM Sains Kubang Pasu, Kedah)
3. En. Faizul Azri Bin Zainal Abidin (SMK Seri Iskandar, Perak)
4. En. Mohd Saleh Bin Omar ( SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai, Perak)
5. En. Hasnizam ( SMK Chenderiang, Tapah, Perak)

Setelah kumpulan ini dibentuk, guru-guru berpengalaman akan dikenalpasti dan dicari melalui pengumumun di laman web dan kenalan-kenalan guru-guru Lukisan Kejuruteraan. Antara kriteria-kriteria guru yang dicari adalah :

1. Guru yang berpengalaman luas dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
2. Guru Cemerlang Lukisan Kejuruteraan
3. Guru yang berminat berkongsi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu pelajar menjawab soalan dengan mudah dan pantas.
4. Guru yang telah menjalankan KAJIAN TINDAKAN dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan berminat untuk berkongsi Kajian Tindakan tersebut.
5. Guru yang berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan dan berminat berkongsi program dan kaedah yang mampu melonjakkan pencapaian pelajar.

Guru-guru yang berminat akan menghubungi ahli kembara dan berbincang tarikh dan masa yang sesuai untuk dilawati dan membuat rakaman. Jadual perjalanan akan dibuat berdasarkan perbincangan bersama

b- Pelaksanaan Program
1. Perbincangan bersama guru yang terlibat dengan penetapan tarikh, masa dan tajuk yang akan dibincangkan untuk dirakam.
2. Guru yang terlibat akan bersedia dengan bahan-bahan untuk pembentangan.
3. Ahli Kembara akan membuat persediaan kelengkapan peralatan rakaman.
4. Ahli Kembara akan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan oleh guru pembentang.
5. Perbincangan awal akan dibuat bersama guru pembentang tentang teknik serta kaedah yang akan dibentangkan.
6. Pembentangan boleh dibuat dengan bantuan komputer dan Vcam Image Projector untuk memudahkan proses penerangan kaedah.
7. Pembentangan dilakukan secara santai dan tidak terlalu formal. Ahli kembara boleh bertanyakan soalan untuk menjadikan sesi pembentangan tidak kaku.
8. Jika pembentang tidak mahu merakam sesi pembentangan, pembentang hanya perlu menerangkan kaedah tersebut kepada ahli kembara dan ahli kembara akan merakam kembali kaedah tersebut.
9. Rakaman video dijalankan semasa sesi pembentangan.
10. Hasil rakaman akan disunting dan dimuatnaik ke laman www.cikguromie.net untuk dikongsi bersama

Comments?
Catatan Cikgu Romie : LKj Mobile
Posted by romie on 2013/2/17 19:43:29 (338 reads)

Anda kini boleh menonton video Lukisan Kejuruteraan menggunakan aplikasi ANDROID di telefon bimbit anda. Anda hanya perlu download dan install perisian LKj on mobile ke dalam HP anda.. Selamat Mencuba.. LKj on Mobile ANDROID Software

Comments?
Catatan Cikgu Romie : VIP MEMBER cikguromie.net
Posted by romie on 2013/2/17 19:42:27 (229 reads)

Saya sedang membina ruangan BANK SOALAN VIP untuk memudahkan guru-guru membuat soalan dan latihan kepada pelajar.. Hanya guru-guru yang menyumbangkan soalan sahaja boleh menjadi ahli VIP MEMBER GROUP dalam cikguromie.net.. Untuk menjadi ahli hanya emailkan kepada saya satu set soalan (8 soalan format SPM) beserta skema yang dibina sendiri oleh guru dlm format CAD kepada saya dan berikan USERNAME anda di cikguromie.net.. secara automatik anda akan menjadi ahli VIP MEMBER GROUP.. keistimewaan: boleh download soalan2 yang dikongsi dlm format CAD.. EMAILKAN SOALAN ANDA KEPADA [email protected]

Comments?
Catatan Cikgu Romie : Keputusan SPM 2011
Posted by romie on 2013/2/17 19:41:38 (320 reads)

Keputusan SPM telah diumumkan 21 Mac 2012 baru-baru ini. Alhamdulillah daripada pemantauan rambang melalui maklumnbalas rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar di Facebook kebanyakan pelajar memperolehi keputusan yang baik. Peratus pelajar yang mendapat A+ juga telah meningkat berbanding tahun lepas. Saya tiada data lengkap untuk membincangkan keputusan keseluruhan pelajar tetapi kali ini saya akan hanya membincangkan keputusan sekolah saya sahaja.

Tahun ini merupakan tahun terbaik keputusan bagi mata pelajaran LKJ bagi SMK Seri Setia berbanding keputusan tahun-tahun sebelum ini. Sepanjang pengajaran saya juga tahun 2011 juga kali pertama saya merasa pencapaian 100% lulus. Tiada apa yang membanggakan bagi seorang guru selain melihat kejayaan anak muridnya. Pencapaian kualiti juga meningkat secara mendadak iaitu seramai 4 orang pelajar memperolehi A+ dan 5 pelajar memperolehi keputusan A-.

Saya telah memulakan pembelajaran secara dalam talian ini sejak tahun 2007 lagi. Dari tahun tersebut saya kumpulkan video-video rakaman pembelajaran di kelas saya untuk dikongsi bersama. Saya akan namakanya sebagai MEMBUKA KELAS KE DUNIA LUAR. Sedikit sebanyak usaha saya ini dapat membantu pelajar. Mungkin juga usaha saya selama ini diambil manfaat sepenuhnya oleh pelajar saya untuk mengukuhkan kefahaman mereka melalui pembelajaran kendiri di rumah melalui video-video tutorial yang telah dimuat naik.

Saya juga berterima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah membantu saya untuk mengumpulkan soalan-soalan percubaan setiap negeri. Daripada maklum balas pelajar, soalan-soalan tersebut sangat banyak membantu pelajar. Saya harap kepada penyumbang-penyumbang soalan agar tidak jemu untuk membantu dan memberi sokongan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Mungkin kita rasa sumbangan yang kita buat tidak sebesar mana, tetapi sumbangan tersebut amat bermakna kepada pelajar.

Berikut saya paparkan keputusan SPM bagi mata pelajaran LKJ sekolah saya bagi renungan kita bersama bagaimana usaha itu akan lebih bermakna jika kita mendapat sokongan daripada banyak pihak.



Comments?
Catatan Cikgu Romie : cikguromie.net dikemaskini dan dinaiktaraf..
Posted by romie on 2013/2/17 19:39:53 (272 reads)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru hari ini saya berkesempatan untuk mencatat di sini. Buat pertama kali dalam tahun 2012 ini saya menulis untuk semua pengunjung. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak tahun lepas yang telah memberi pandangan serta panduan kepada saya untuk memperbaiki laman Portal cikguromie.net ini. Buat masa sekarang saya sedang memperbaiki mutu video tutorial dengan mengubah sedikit rekabentuk 'layout' supaya nampak lebih cantik dan nampak mahal. Dari segi kualiti video juga kini pengunjung boleh mendapatkan kuliti video 720HD. Bagi pengguna UNIFI pasti tidak menghadapi masalah untuk menonton dengan kualiti HD ini, cuma penonton yang menggunakan talian internet biasa sukar untuk menonton dalam kualiti tersebut dinasihatkan untuk menetapkan tetapan kualiti kepada 360 atau 480.

Melalui arus teknologi yang semakin pesat membangun ini, kita seharusnya mengikut arus tersebut tidak kira sama ada dengan berenang atau dengan bot laju. Kebanyakan pelajar memiliki gadjet-gadjet terkini tidak kira telefon bimbit, tab atau iphone. Kesemua gadjet-gadjet ini mampu memainkan video yang disimpan dalam kad memori. Saya akan menyediakan ruangan muat turun untuk pelajar muat turun video tutorial bersaiz kecil untuk disimpan di dalam gadjet2 tersebut. Sekurang-kurangnya masa terluang dapat dimanafaatkan dengan menonton video tutorial ini.

Tahun 2012 ini juga dimaklumkan bahawa video2 tutorial dari saya akan dimuatnaik lambat sedikit. Ini kerana pada tahun ini talian YOUTUBE tidak dapat diakses di sekolah. Jadi semua video-video yang telah dirakam akan dimuatnaik di rumah. Jika tahun lepas, selepas pengajaran, saya akan muat naik video2 tersebut di sekolah, jadi apabila pelajar balik ke rumah, mereka boleh terus menonton video yg telah dirakam di sekolah tadi.

Walauapa pun sokongan pengunjung dan semua pihak amat saya harapkan demi untuk memberikan pendidikan yang lebih bermutu melalui teknologi terkini. Tanpa sokongan semua maka sukar untuk saya menjadikan laman ini lebih baik. Kepada guru-guru LK yang lain saya amat mengharapkan perkongsian sama ada bahan atau idea. Saya percaya kepada satu pepatah yang menyatakan semakin banyak ilmu yang dikongsi dan diajar maka akan semakin banyak ilmu yang akan kita terima nanti. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA. Saya hanya menyediakan tapak perkongsian. Bahan yang ada adalah hasil perkongsian guru-guru LK yang lain juga.. Terima Kasih..

Comments?
« 1 (2) 3 »



 

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel. Portal cikguromie.net tidak diuji menggunakan pelayar lain.

© all coyright reserved by cikguromie.net created by Cikgu Romie

SMK Seri Setia, Jalan Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak.

[ Penafian ]  |