|
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru hari ini saya berkesempatan untuk mencatat di sini. Buat pertama kali dalam tahun 2012 ini saya menulis untuk semua pengunjung. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pihak tahun lepas yang telah memberi pandangan serta panduan kepada saya untuk memperbaiki laman Portal cikguromie.net ini. Buat masa sekarang saya sedang memperbaiki mutu video tutorial dengan mengubah sedikit rekabentuk 'layout' supaya nampak lebih cantik dan nampak mahal. Dari segi kualiti video juga kini pengunjung boleh mendapatkan kuliti video 720HD. Bagi pengguna UNIFI pasti tidak menghadapi masalah untuk menonton dengan kualiti HD ini, cuma penonton yang menggunakan talian internet biasa sukar untuk menonton dalam kualiti tersebut dinasihatkan untuk menetapkan tetapan kualiti kepada 360 atau 480.
Melalui arus teknologi yang semakin pesat membangun ini, kita seharusnya mengikut arus tersebut tidak kira sama ada dengan berenang atau dengan bot laju. Kebanyakan pelajar memiliki gadjet-gadjet terkini tidak kira telefon bimbit, tab atau iphone. Kesemua gadjet-gadjet ini mampu memainkan video yang disimpan dalam kad memori. Saya akan menyediakan ruangan muat turun untuk pelajar muat turun video tutorial bersaiz kecil untuk disimpan di dalam gadjet2 tersebut. Sekurang-kurangnya masa terluang dapat dimanafaatkan dengan menonton video tutorial ini.
Tahun 2012 ini juga dimaklumkan bahawa video2 tutorial dari saya akan dimuatnaik lambat sedikit. Ini kerana pada tahun ini talian YOUTUBE tidak dapat diakses di sekolah. Jadi semua video-video yang telah dirakam akan dimuatnaik di rumah. Jika tahun lepas, selepas pengajaran, saya akan muat naik video2 tersebut di sekolah, jadi apabila pelajar balik ke rumah, mereka boleh terus menonton video yg telah dirakam di sekolah tadi.
Walauapa pun sokongan pengunjung dan semua pihak amat saya harapkan demi untuk memberikan pendidikan yang lebih bermutu melalui teknologi terkini. Tanpa sokongan semua maka sukar untuk saya menjadikan laman ini lebih baik. Kepada guru-guru LK yang lain saya amat mengharapkan perkongsian sama ada bahan atau idea. Saya percaya kepada satu pepatah yang menyatakan semakin banyak ilmu yang dikongsi dan diajar maka akan semakin banyak ilmu yang akan kita terima nanti. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA. Saya hanya menyediakan tapak perkongsian. Bahan yang ada adalah hasil perkongsian guru-guru LK yang lain juga.. Terima Kasih..
|