Cikgu Romie @ Facebook

News Topics

Pencapaian




Navigate thru topics

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Main Menu

Content Menu

Anda Pengunjung ke

Who is Online
10 user(s) are online

Members: 1
Guests: 9

nurulsyar, more...

Mesej Ringkas

Pautan



Penjenamaan Semula lkj.gtechprk.net ke cikguromie.net

Selamat Datang ke laman Portal LKJ cikguromie.net. Laman portal sebelum ini lebih dikenali sebagai www.lkj.gtechprk.net. Penjenamaan semula dibuat untuk memudahkan pengguna mengakses laman Portal LKJ serta membaiki fungsi pengguna supaya lebih mesra pengguna.. Harap Maklum

Catatan Cikgu Romie
Read More...  0 Articles  0 reads 
  Posted by romie on 2013/12/27 - , 3755 reads

Akhbar Kosmo 15 Nov 2013 telah memberi jolokan Cikgu Youtube kepada saya hasil rakaman video PdP yang banyak di Youtube. Diharapkan dengan paparan ini akan mengembangkan lagi promosi cikguromie.net sebagai sumber pembelajaran alaf baru.



  Posted by romie on 2013/12/27 - , 3766 reads

Penghasilan laman cikguromie.net sebenarnya adalah untuk rujukan pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, tetapi sebenarnya penggunaannya telah melangkaui sehingga menjadi rujukan pelajar-pelajar kejuruteraan di IPT. Ketika saya menjadi Juri untuk pertandingan Inovasi pelajar IPT saya telah disapa oleh pelajar-pelajar UPSI dan menyatakan bahawa cikguromie.net menjadi sumber rujukan kepada mereka. Mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Teknologi Rekabentuk Berkomputer UPSI.






...

  Posted by romie on 2013/12/27 - , 3763 reads

Alhamdulillah, berkat rezeki anak-anak.. impian utk bergelar Guru Inovatif Kebangsaan tercapai tahun ini. Aplikasi LKj Mobile menjadi taruhan dipertandingkan. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui android play store. Terima Kasih atas sokongan semua pihak yang memberi dorongan sehingga mencapai kejayaan ini. Majlis telah diadakan di Negeri Sembilan.








...

  Posted by romie on 2013/12/27 - , 3758 reads

Alhamdulillah berkat rezeki anak-anak dan keluarga saya menerima Anugerah Guru Inovatif Negeri Perak 2013 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di MRSM Felda Trolak



  Posted by cikguromie on 2013/5/8 - , 4008 reads

18 April 2013 bertempat di Studio LKJ. SMK Seri Setia telah diadakan penghakiman Guru Inovatif 2013 peringkat Kebangsaan. Seramai 5 orang Pegawai daripada BPK Kementerian Pelajaran telah hadir memantau, 2 Pegawai JPN Perak, seorang pegawai PPD Hilir Perak serta Pengetua SMK Seri Setia turut serta. Saya mempertaruhkan inovasi saya yang bertajuk LKJ Mobile - Aplikasi Pembelajaran dan Pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Menang itu satu bonus, tetapi apa yang penting adalah saya dapat membawa pegawai daripada kementerian untuk datang dan tengok sendiri bagaimana rakaman pembelajaran dan pengajaran dilakukan di Studio LKj SMK Seri Setia.






...

  Posted by cikguromie on 2013/3/1 - , 322 reads

Telah hampir 2 bulan sekolah telah dibuka. Febuari pun bakal menutup tirai dua tiga hari lagi. Cikguromie.net telah masuk tahun ke2, walaupun pada dasarnya pembinaan portal Lkj ini adalah sejak tahun 2009 dengan nama lkj.gtechprk.net. Pelbagai perubahan sedikit demi sedikit telah menghiasi cikguromie.net bagi memudahkan pengguna menggunakan laman ini. Pelbagai bahan juga telah ditambah baik bagi memberikan informasi serta bahan latihan berguna kepada pelajar.

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah kepada cikguromie.net apabila telah diberi dua pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan iaitu BEST E-LEARNING APICTA 2012 dan Johan Educational Blogging 2012. Tidak pernah terfikir sehingga begitu jauh pencapaian cikguromie.net ini, yang pada mulanya laman ini hanya ingin membantu pelajar mendapatkan bahan2 berkaitan lukisan kejuruteraan serta memberi 'e-tuisyen' kepada pelajar memandangkan lukisan kejuruteraan sukar untuk mendapatkan kelas tuisyen. Jika ada pun kelas tuisyen,...

  Posted by romie on 2013/2/17 - , 388 reads



Alhamdulillah, berkat rezeki keluarga dan anak-anak serta sokongan semua pihak yang menjayakan cikguromie.net, menjadikan cikguromie.net sebagai PEMENANG PERTAMA dalam MSC MALAYSIA APICTA 2012. Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di Sime Darby Convention Center pada 16 Okt 2012 yang lalu. Dengan ini cikguromie.net akan membawa nama MALAYSIA ke Brunei bagi APICTA 2012 bagi kategori E-Learning. Mari kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan di sana. Semoga dengan usaha ini akan membuka masyarakat luar bahawa subjek LKj ini mampu membawa perubahan kepada kita semua InsyaALLAH..

  Posted by romie on 2013/2/17 - , 358 reads



Alhamdulillah.. Berkat sokongan semua, cikguromie.net telah memenangi tempat pertama kategori sekolah untuk pertandingan Educational Blog 2012 anjuran Unit ICT UPSI. Tanpa sokongan pelajar dan guru LK cikguromie.net ini tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik. Saya ingin kongsikan kejayaan ini bersama anda semua. Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan cikguromie.net...

  Posted by romie on 2013/2/17 - , 332 reads


  Posted by romie on 2013/2/17 - , 416 reads

KEMBARA LKJ




NAMA PROGRAM
KEMBARA LKj

TEMA PROGRAM
Keluar Mencari, Ilmu Dikongsi

PENGENALAN
KEMBARA LKj merupakan satu projek sekumpulan kecil guru keluar mencari guru-guru Lukisan Kejuruteraan yang berpengalaman serta guru-guru yang mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk dikongsikan ilmu Lukisan Kejuruteraan kepada umum. Satu kumpulan KEMBARA akan dibentuk terdiri daripada 4 orang guru LK akan bergerak bertemu dengan guru-guru berpengalaman ini untuk berkongsi kaedah serta pengalaman mereka. Teknik serta kaedah yang dihasilkan oleh guru-guru ini akan dibentangkan dan dirakam dalam bentuk video. Video rakaman tersebut akan dimuat naik ke laman ...

Mendaftar Sebagai Member cikguromie.net
Video berikut menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk mendaftar sebagai member cikguromie.net



cikguRomie dot net.. Gerbang Perkongsian Ilmu Lukisan Kejuruteraan

Selamat Datang ke Portal cikguRomie dot net


Objektif utama portal ini diwujudkan adalah sebagai tapak perkongsian bahan pengajaran, maklumat-maklumat terkini tentang Lukisan Kejuruteraan, video-video Tutorial Lukisan Kejuruteraan, artikel-artikel Lukisan Kejuruteaan dan perkongsian masalah mengenai Lukisan Kejuruteraan. Video-video tutorial yang dihasilkan adalah melalui kaedah Dr.U iaitu DEMO, RAKAM dan ULANG/UPLOAD.. Bahan video tutorial merupakan rakaman daripada demonstrasi di dalam kelas. Video-video yang dihasilkan juga digunakan sebagai rujukan dan ulangkaji untuk pelajar-pelajar SMK Seri Setia Teluk Intan khususnya dan juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini amnya.


Bagi pelajar yang mempunyai masalah, bolehlah mengemukakan soalan atau permasalahan anda diruangan Group LKJ @ Facebook, di mana Facebook merupakan satu laman yang mampu menjadi medan perbincangan yang lebih efektif masakini.


Saya juga ada menyediakan koleksi soalan-soalan Lukisan Kejuruteraan hasil pengumpulan saya diruangan MUAT TURUN Mana-mana guru yang ingin berkongsi soalan juga digalakkan menghubungi saya untuk saya muat naik soalan tersebut di laman ini.


Adalah menjadi harapan saya, agar laman ini dapat membantu guru-guru dan pelajar untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran LUKISAN KEJURUTERAAN. Semoga dengan perkongsian ini ilmu kita akan lebih diberkati dan akan lebih berkembang, InsyaALLAH.....




ADMIN - Cikgu Romie








DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN KERJA KERSUS LUKISAN KEJURUTERAAN DENGAN KLIK PAUTAN DI BAWAH

FORMAT PBS LUKISAN KEJURUTERAAN TAHUN 2013

Alat Bantu Mengajar USB Vcam
USB VIP
Penggunaan USB Vcam Image Projector mampu merevolusikan kaedah pengajaran terbaru...

DSC_0589

Anda seorang guru atau tenaga pengajar? Anda pasti memerlukan USB Vcam Image Projector bagi membantu melicinkan tugas anda mengajar...

Ragu-ragu? Guna dulu baru tau.. Murah dan mudah.. Malah ada alat seumpamanya berharga ribuan ringgit tetapi USB Vcam Image Projector mampu menyainginya dengan fungsi yang sama.. Kami pasti tidak rugi anda memilikinya, penggunaanya mampu menjimatkan masa anda dalam persediaan P&P. Untuk tempahan sila hubungi 017-5087290, WHATSAPP pun boleh..

Panduan Penggunaan USB Vcam Image Projector

panduan penggunaan USB Vcam

Contoh video USB Vcam

Vcam Image Projector

Penggunaan Vcam Image Projector mampu merevolusikan kaedah pengajaran terbaru...

Pengumpulan Soalan Percubaan LKJ 2013

** Sila 'REGISTER' sebagai ahli portal sebelum anda muat turun soalan. Hanya ahli berdaftar sahaja boleh muat turun bahan daripada portal ini. Terima Kasih.

Pengumpulan Soalan Percubaan LKJ 2012

** Sila 'REGISTER' sebagai ahli portal sebelum anda muat turun soalan. Hanya ahli berdaftar sahaja boleh muat turun bahan daripada portal ini. Terima Kasih.

** Hantarkan set soalan PERCUBAAN LKJ 2012 negeri anda atau sebarang set soalan peperiksaan ke cikguromie.net, .scara automatik anda akan menjadi VIP MEMBER cikguromie.net. Jika anda menjadi VIP MEMBER cikguromie.net anda boleh muat turun soalan-soalan dan skema jawapan dalam format CAD

KLIK IMEJ DIBAWAH UNTUK MENGHANTAR SOALAN ATAU BAHAN UNTUK DIKONGSI

Pengumpulan Soalan Percubaan LKJ 2011

** Sila 'REGISTER' sebagai ahli portal sebelum anda muat turun soalan. Hanya ahli berdaftar sahaja boleh muat turun bahan daripada portal ini. Terima Kasih.
SBP
Teknik Zon Tengah
Perak
Selangor
Perlis
Belum ada
Kedah
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Kuala Lumpur

 




LKj on MOBILE for ANDROID software

Aplikasi ini telah membawa Cikgu Romie dianugerahkan JOHAN GURU INOVATIF - Kategori Individu Menengah Tahun 2013

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN KE TELEFON PINTAR ANDA.. TQ

Aplikasi ini merupakan aplikasi pembelajaran PERCUMA yang pertama dicipta untuk pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Melalui aplikasi ini pelajar boleh menonton video Pembelajaran dan Pengajaran Lukisan Kejuruteraan di mana mereka berada dengan adanya akses internet. Jadi dengan adanya aplikasi LKJ Mobile, pelajar dan pengguna tidak hanya menggunakan gajet mudah alih ini sebagai alat komunikasi atau alat hiburan semata-mata tetapi mampu mengisi masa yang terluang dengan aktiviti pembelajaran. Dengan adanya aplikasi LKj Mobile ini, pelajar boleh mengulangkaji Lukisan Kejuruteraan tanpa mengira waktu dan lokasi.

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN KE TELEFON PINTAR ANDA.. TQ

Moh Kite Solat adalah aplikasi membantu anak-anak untuk belajar solat secara bersendirian. Anak-anak boleh menggunakan earphone untuk mengikut langkah demi langkah ketika solat dan mengikuti bacaan dalam solat satu per satu

cikguromie.net PARTNER



Innovacia Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat MALAYSIA yang mengeluarkan perisian TIFFINCAD. Perisian TIFFINCAD ini digunakan untuk menghasilkan Lukisan Kejuruteraan. TiffinCAD adalah satu perisian CAD ​​yang menawarkan harga berpatutan dan ringan. Ia adalah perisian berciri penuh CAD yang menyokong fail format ".dwg"





Tiada perisian CAD di rumah? Makmal CAD sekolah tidak lengkap?
Kini anda boleh buat latihan dengan TiffinCAD LK - perisian CAD yang ringan (boleh guna netbook!) dan mampu milik
Versi khas untuk guru dan pelajar (Surat daripada sekolah diperlukan sebagai bukti)
RM375/unit (Lesen 2 tahun)
Pembelian oleh PIBG adalah juga digalakkan
Sila hubungi info@innovacia.com.my / www.innovacia.com.my

Soal Selidik cikguromie.net
Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklum balas laman portal cikguromie.net dan group Kelas Lukisan @ Facebook yang dibangunkan sebagai sumber Pengajaran dan Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di Malaysia. Saya berharap agar anda dapat menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu saya memperbaiki mutu laman portal ini untuk manfaat semua... Sila klik imej di atas..
Kenalkan Kepada Rakan Anda
Jika anda sukakan Portal ini, kenalkannya kepada rakan-rakan anda.. Terima Kasih

Mana Silapnya?



MANA SILAPNYA memaparkan gambar-gambar yang telah dirakam hasil kerja lukisan pelajar. Setiap kesalahan perlu dipandang serius dan dijadikan pengajaran agar dirinya serta pelajar lain tidak mengulangi kesilapan yang sama.. Sila klik imej di atas..
Muat Turun Terbaru
Rakan Baru
salim65
salim65
2014/4/17
Madihah97
Madihah97
2014/4/16
FarahRahim
FarahRahim
2014/4/15
perakvip 2014/4/14
mrb
mrb
2014/4/14
zihahnaiem
zihahnaiem
2014/4/12
apamsempai
apamsempai
2014/4/12
Amalina92
Amalina92
2014/4/7
andyliew97
andyliew97
2014/4/3
cikpipi
cikpipi
2014/4/2
Video Tutorial Terbaru


 

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel. Portal cikguromie.net tidak diuji menggunakan pelayar lain.

© all coyright reserved by cikguromie.net created by Cikgu Romie

SMK Seri Setia, Jalan Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak.

[ Penafian ]  |